Semalam
Aku dengan permaisuri, pergi terawih di surau taman perumahan abang ipar aku.
Oh, suraunya baru dibina. Banyak lagi "default" yang kena baiki tentang struktur binaannya. Takpelah, niat nak tambah pahala, asal bersihdan selesa jadilah.
Isya' dan Terawih.
2 rakaat
2 rakaat
2 rakaat
2 rakaat
2 rakaat
1 rakaat
Habis dah. Masa tengah siap-siap nak balik. Dengar pak imam tengah cakap
" Saya minta tuan-tuan dan puan-puan redhalah dengan bacaan saya yang panjang, saya "target" nak perabih setengah juzuk sampai hari ke 27."
Aku berhenti. Mendengar lagi. Agaknya dia dengar rungutan dari makmum kot?.
"Kalau di masjid Putrajaya tu, semalam saya boleh dapat RM 200 sekali buat terawih tapi untuk tuan-tuan dan puan-puan, saya buat "free" sahaja. Ikhlas kerana ibadah".
Hati aku dah berdetak. Kalau ikhlas kenapa kena beritahu tentang bayaran yang kau dapat?. Diam-diam sudahlah. Terasalah penduduk taman tu. Seolah-olah mereka memaksa kau pula?.
Bukankah pahala setiap malam tu lagi maha bagus dari RM 200 yang kau dapat tiap-tiap malam tu?.
Atau memang kau nak RM 200 tu buat modal balik kampung?. Pergilah ke Putrajaya tu!.
Susah kalau agama dah dicampur aduk dengan wang. Susah.