akibat dari peristiwa itu.
aku semakin tawar hati untuk menjadi pemburu cinta.
aku gantung senapang buruan aku.
walaupun cik LADY ada beberapa kali menghantar surat memberi penjelasan,pada kuitu semua sudah terlambat.kekecewaan yang aku alami sudah tidak mampu untuk dipulihkan.
untuk beberapa ketika
hidup aku sungguh-sungguh meriah.
banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan baru ku ketika itu.
dimana masa itu dihabiskan dengan banyak berhibur.
student night.
lady night.
weekend night.
tempat itu seolah-olah rumah kedua aku.
aku juga telah join
persatuan penarik beca yang ada.
kalau bosan
aku join jamming
waktu itu kekasih hati ku ialah
dia (sekarang dah jual,beli mesin basuh).
kalau bosan
aku main bola walaupun salji tebal.
kalau bosan
aku mengadap internet sampai kena halau dengan pakcik jaga lab.
kalau bosan
aku berjalan-jalan melawat kawan-kawan tempat lain.
waktu itu,acpm adalah sekadar satu alat mainan sahaja.
rutin itu berlangsung sehingga aku pulang dan mula bekerja.
dan tahun itu
tahun 2000
aku namakan dia cik PERMAISURI.
kali pertama aku terpandang wajahnya.
hati aku tak berdetik.
jantung aku tak berdegup.
mata aku tak berkelip.
inikah dinamakan cinta?.
dan bersediakah aku untuk kembali ke arena acpm ini?.
aku mula menyusun strategi.
aku gunakan kembali multiskills yang aku perolehi dari tiga pengalaman yang lepas.
dan kali ini.
ceritanya sungguh-sungguh lain!.
aku berhasil!.
tapi tidak semudah dua pengalaman yang lepas dan sesukar pengalaman yang terakhir.
aku masih ingat lagi umpan buruan aku ketika itu.
"saya sedang hanyut di dalam sungai yang deras,hendak mencari dahan untuk menyelamatkan saya"
dan dia balas
"dahan itu sudah sedia ada tapi mampukah awak untuk menjaganya agar dahan itu tidak patah?".
gulp!.
dan aku mencuba.
selama setahun untuk memenangi hatinya kerana di masa itu
terlalu banyak rintangan yang perlu aku hadapi.
bagaimana untuk aku yakinkan dia?.
dalam masa sama ada yang sanggup menikam dari belakang.
walhal aku tak pernah pun nak jentik telur diaorang dulu.
dalam masa yang sama ada yang tidak senang dengan dia memilih untuk berkawan dengan aku.
dalam masa yang sama aku sendiri masih terumbang-ambing membina kehidupan.
tapi aku tetap teruskan perjuangan.
pantang buat reverse kalau takde reverse signal tapi aku sebat jek!.
dan genap setahun kami berkawan akhirnya dia setuju menerima aku.
walaupun dengan beberapa syarat tapi aku sanggup terima.
kerana dia sudah bertakhta di hati aku.
beberapa kali minta putus tapi dua tiga jam lepas tuberbaik semula,meluahkan rindu yang tak bertepi.
hebat beb!.
dan akhirnya,memang tertulis untuk aku dan dia,inilah jodoh kami.
setelah aku kecewa pernah ditinggalkan.
setelah aku kecewa pernah dipermainkan.
setelah aku kecewa pernah diperdayakan.
akhirnya aku telah menemui cinta sejati aku.
walaupun rintangan dan halangan pelbagai perisa aku lalui.
aku renangi lautan api (ada ker?)
aku redah hutan berduri(kat mana?)
kerana dirinya.
Maha kuasaNya telah menulis dia untuk aku.
aku dan dia bersatu.
bulan tujuh 2003 menyaksikan air matanya tumpah ketika aku cium dahinya.
dan aku sungguh terharu kerana dia menerima aku walaupun aku tak hensem,gigi terabur, kulit gelap,gaji kecik,pandai main bola,boleh main gitar,pandai repair komputer (eh,ni macam upkan diri pulak!).
dan jika diizinkan olehNya.
kami akan menimang cahaya mata tahun 2006 nanti.
amin.
itulah dia.
PUAN PERMAISURI aku.
yang selamanya dalam hati aku.
dalam hati aku yang keep on rock n rolling ini.
tamat sudah kisah cinta aku yang tak seberapa ini.
kisah cinta seorang pemburu cinta yang tegar.
(bayangkan aku tengah tersenyum lepas tu skrin fade to black).
dan lagu ini adalah perasaan aku untuk diri dia.
(kira cam runut bunyilah).
TAMAT.